CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Friday, October 18, 2013

It's back!! Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

Ha, suka tak? Suka tak?
Vita-C Plus 500mg are back. So jom kita refresh balik utk apa sebenarnya vita-C ni.. Apa yg istimewa sgt dgn vitamin ni?

First sekali, kenapa vitamin C Shaklee? Mudah je, sebab semua supplement and produk Shaklee ni semulajadi. Organic! U olls semua nak ke makan supplement yg sintetik? Kita elakkan la makan bahan sintetik ni. Ada yg semulajadi,kita pilih yg semulajadi.



Ni pula, function vita-C ni apa?
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

5 Khasiat Utama

  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
  • Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
6- Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 
InsyaAllah, next week vit C ni akn ade di HQ. So boleh order dulu utk mengelakkan stok habis awal.
Hubungi 0193009427 (WeChat/WhatsApp/SMS)

Sunday, August 25, 2013

Shaklee menyokong khasiat susu ibu

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)
Susu merupakan makan yang utama kepda manusia tidak kira dari saat dilahirkan sehinggalah dewasa. Susu  membekalkan khasiat utama terutama bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain
Susu boleh didefinasikan sebagai cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Manakala susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi.
Susu ibu merupakan satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini. Susu ibu dilihat sebagai makanan yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 1 hari hingga 2 tahun.
Menyusui bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang paling baik kerana segunung kebaikan dan ganjaran yang menanti bayi dan juga ibu. Susu ibu amat penting bagi menjamin perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat.
Agungnya kuasa Allah kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu kerana Allah mengurniakan khasiat yang tidak ternilai daripada badan sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang antara bayi dan ibu. Allah juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud
“Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”. (Al Baqarah:233)
Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak- anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari- hari pertama selepas kelahiran, ibu- ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi
Pensyarah Kolej Perubatan dan Kesihatan Umum, Universiti South Florida, Dr Jane Carver, berkata kajian membuktikan kanak-kanak yang diberikan susu ibu membesar dengan lebih baik dan cepat.
Katanya, kanak-kanak yang dibesarkan dengan susu ibu didapati lebih cerdik, mendapat keputusan baik dalam pelajaran dan kecerdasan ini dipercayai berlanjutan sehingga dewasa.
“Sememangnya khasiat susu ibu tiada tandingan. Bahan penting susu ibu seperti AA dan DHA membantu perkembangan neuro (sistem saraf) dan otak yang lebih baik.
“Susu ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting dalam sistem pertahanan badan bayi. Ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan anti keradangan.
Susu ibu sangat penting, terutama kepada bayi pramatang (tidak cukup bulan) kerana organ mereka belum berkembang sepenuhnya ketika dilahirkan. Malah, kebanyakannya mengalami masalah kekurangan berat badan dan mudah mendapat jangkitan.
Kajian epidemiologi dan klinikal menunjukkan susu ibu yang kaya karotenoid mampu merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan retina mata dan displasia bronkopulmonari (perkembangan paru-paru yang tidak normal).
Susu ibu adalah makanan yang steril. Justeru anak yang mengalami cirit-birit dan diberikan susu ibu akan terhindar daripada jangkitan bakteria atau virus berterusan.
Shaklee mempunyai set menyusu yg rata-rata berpuas hati dgn set ini. Terdapat jugak set bajet mengikut kemampuan ibu-ibu di luar sana.
Hubungi saya melalui fb: fairus fuzi atau fb page: fairus vita shoppe
Atau boleh SMS/WeChat/WhatsApp 0193009427.
Konsultasi adalah percuma dan ada free gift menanti anda.

Friday, July 5, 2013

Menyusu & berpuasa dengan Shaklee

Alhamdulillah, tak lama lagi Ramadadhan bakal tiba. Dah boleh bilang dengan sebelah tangan je. Anda dah bersedia ke? Sy dah ready ni ;)
Sebelum bermula bulan Ramadhan, dh trained bdn ni berpuasa. Ganti puasa yg lepas2. Kalau tak, mesti semput bila nk start nnt. Kne warming up dulu. Hehe. Bkn sy je, ibu2 yg lain pun sama kan, lagi2 yg sedang pregnant & menyusukan baby tu.
Bagi mereka ini, mesti anda risau kan bulan puasa nanti bagaimana nak menunaikan puasa jika amalkan supplement. Sebabnya, pengambilan supplement memerlukan air sekurang2nya 3 litre sehari. Jika tidak kena caranya ada yang pasti akan merasa kehausan melampau, pening kepala malahan keletihan melampau.
Sebagai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, perlu yakin bahawa susu ibu akan tetap ada walaupun berpuasa kerana ianya anugerah dan rezeki dari Allah. Persoalannya adakah jumlah penghasilan susu akan berkurangan dan terjejas???
Pengambilan supplement beserta air sekurang2nya 3 liter, selain mengepam secara konsisten dan memohon kepada Allah, insyaAllah, susu anda tidak akan terjejas. Tapi, macam mana nak minum 3 litre sehari? Sy pun kadang2 tak cukup 3 litre so ini utk panduan kita bersama ;)
Cara yg paling mudah ialah:
- sediakan air di dlm 2 botol sukatan 1.5L
- letakkan botol tersebut di tempat yg mudah dilihat
- pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas
- pastikan air yg disediakan di dlm botol td abis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak
Ini menu utk bulan puasa nanti:
Sahur | Nasi berlauk + Shaklee breastfeeding set + 7 kurma + ( performance drink + ESP )
Waktu berbuka | Nasi berlauk + 3 kurma + 2 alfafa
Sebelum tido | ESP + 4 ostematrix +2 alfafa
* Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu ESP + 1 sudu Meal Shakes + 1 sudu Performance Drink