CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label zink. Show all posts
Showing posts with label zink. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Vitamin for him

'Mama, vitamin pe lg ek papa bleh mkn?'

Romantik tak? Hehe. My husband ask me about vitamin. Mesti en.Rov teruja tgk his wife look gorgeous lps consume vitamin Shaklee. Haha. Masuk bakul angkat sendiri kn?
Actually, untuk kaum adam ni ada jugak vitamin special utk mereka. It contain: boron, calcium, chromium, acid folic, omega3, selenium, vitamin E dan zink.. Ini antara yg penting utk lelaki2 gagak, kacak dan sihat.
Supplement yg mengandungi vitamin ini adalah:
Omega guard
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 asid lemak membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah dan serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju. Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri disekat dan melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki omega-3 mencukupi mempunyai risiko yang rendah untuk mati dengan penyakit jantung.Omega Guard mengandungi 330 mg asid lemak omega 3 dalam setiap kapsul.

Vitamin E Complex
Melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser, penyakit Alzheimer. Kajian menunjukkan ia juga mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. UL bagi vitamin E adalah 1000 mg sehari (atau 1,500 IU vitamin E in the form of alpha-tocopherol). 322 mcg Vitamin E (400 IU alpha-tocopherol) dalam Vitamin E Complex Shaklee.

Zinc Complex
Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yangs erius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut. Oleh yang demikian, kuanti zinc yang mencukupi amat perlu sedari remaja sehingga ke hari tua. Dosage dicadangkan adalah 15 mg. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15 mg zinc setiap tablet.

Wednesday, May 22, 2013

Berpantang dengan Shaklee

Ramai bakal-bakal ibu di luar sana yang ingin tahu tentang set berpantang Shaklee. Seperti yang kita sedia maklum, tempoh berpantang amat penting untuk ibu-ibu yang baru melahirkan baby untuk memperbaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam badan. Dari luaran mungkin nampak sudah sihat tapi dalaman memerlukan masa yang lama untk sembuh. Set berpantang Shaklee menyediakan beberapa produk yang amat berguna untuk tubuh ibu yang baru lepas bersalin.

Kelebihan Set Bersalin Shaklee
·Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
·Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning)
·Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
·Mengurangkan stress
·Memberikan tenaga sepanjang tempoh berpantang

Set bersalin Shaklee mengandungi:-

B-Complex :
·sebagai penenang (anti-stress),
·elak kemurungan (meroyan)
·menstabilkan hormon.

Vitamin C
·penting untuk pembentukan kolagen,
·mempercepatkan penyembuhan luka,
·memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Vita Lea (multivitamin with iron)
·Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan).
·Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

Zinc Complex
·membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim).
·mengurangkan masalah rambut gugur.
·Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, ·Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda.
·Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Set bersalin shaklee adalah satu pilihan yang terbaik dan tepat untuk ibu-ibu yang langsung tidak pandai makan jamu atau tak dapat telan jamu. Walau apa jua pilihan ibu, pastikan ibu tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal ibu dan bayi perolehi selepas pengambilan jamu atau supplements tersebut dan yang pastinya pilihan ibu mestilah selamat untuk ibu dan bayi ibu.

Friday, May 17, 2013

Zink Complex

Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Duke University memberikan bukti tentang khasiat zinc pada tubuh badan kita. Antaranya ialah;
  • zinc adalah antioksidan penting untuk kulit sihat. 
  • zinc juga boleh mencegah radiasi UV pada kulit.
  • meningkatkan penyembuhan luka.
  • menguatkan sistem imun.
  • meningkatkan fungsi neuropsyciatric.
  • menurunkan risiko kanser dan penyakitkardiovaskuler
  • penting untuk deria rasa,
  • juga penting untuk produksi sperma,
  • membantu dalam perkembangan bayi,
  • Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.

Keperluan seharian ialah 15mg  dan jika badan mengalami kekurangan zinc, ia akan jelas kelihatan jika ada warna tompok putih atas mana2 kuku di tangan mahupun di kaki. Selain itu tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh,rambut berkelumumur, rabun malam, hilang deria rasa dan bau,kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.