CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 22, 2013

Tips untuk memilih supplement.

Banyak jenama vitamin hari ini. Macamana nak pilih? Cuba perhatikan beberapa perkara berikut:
1. Sebaik-baiknya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi sepenuhnya - vitamin sintetik perlukan 'silica gel' dalam botol/ pembungkusannya untuk kekalkan kesegaran. Dapatkan maklumat bahan yang digunakan untuk menghasilkan vitamin anda.
2. Produk yang baik tidak mengandungi:
Pewarna tiruan - cuba genggam vitamin anda beberapa minit. Ada warna melekat pada tangan atau tidak?
Perasa tiruan
Pemanis sintetik seperti 'sacharin'
Tepung tulang @ dolomite sebagai sumber kalsium
Vitamin E sintetik atau l-alpha tocopherol (d-alpha tocopherol yang natural)
3. Kadar penguraian yang mencukupi untuk penyerapan tubuh - U.S Pharmacopieal mencadangkan tablet yg tiada coating patut terurai dalam masa tidak lebih 30 minit dan ada coating tidak lebih 90 minit
4. Dibuktikan keberkesanannya secara saintifik

Berpantang dengan Shaklee

Ramai bakal-bakal ibu di luar sana yang ingin tahu tentang set berpantang Shaklee. Seperti yang kita sedia maklum, tempoh berpantang amat penting untuk ibu-ibu yang baru melahirkan baby untuk memperbaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam badan. Dari luaran mungkin nampak sudah sihat tapi dalaman memerlukan masa yang lama untk sembuh. Set berpantang Shaklee menyediakan beberapa produk yang amat berguna untuk tubuh ibu yang baru lepas bersalin.

Kelebihan Set Bersalin Shaklee
·Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
·Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning)
·Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
·Mengurangkan stress
·Memberikan tenaga sepanjang tempoh berpantang

Set bersalin Shaklee mengandungi:-

B-Complex :
·sebagai penenang (anti-stress),
·elak kemurungan (meroyan)
·menstabilkan hormon.

Vitamin C
·penting untuk pembentukan kolagen,
·mempercepatkan penyembuhan luka,
·memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Vita Lea (multivitamin with iron)
·Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan).
·Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

Zinc Complex
·membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim).
·mengurangkan masalah rambut gugur.
·Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, ·Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda.
·Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Set bersalin shaklee adalah satu pilihan yang terbaik dan tepat untuk ibu-ibu yang langsung tidak pandai makan jamu atau tak dapat telan jamu. Walau apa jua pilihan ibu, pastikan ibu tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal ibu dan bayi perolehi selepas pengambilan jamu atau supplements tersebut dan yang pastinya pilihan ibu mestilah selamat untuk ibu dan bayi ibu.

Why I choose Shaklee?

Ok, lets talk how saya mula terjebak dalam Shaklee ni. Its happen after saya deliver Rayyan. As a mum, cita-cita memang nak BF Rayyan until 2yo. Lagi-lagi join group KIM. Banyak mummy yg post gmbr, storymory pasal BF. Memang rs tercabar & motivated nk BF ank sendiri.

So nak dijadikan cerita, saya pun google la psl supplement utk increase milk supply. From that la saya tau pasal Shaklee. Mula-mula saya try yg trial pack je sebab nk tau betul ke berhasil mkn supplement Shaklee ni. Nak tau saya amik set ape?
Set BF bacis


Contoh Trial pack for 30days (Fai took this one dulu)

After consume set ni, susu mmg jd pekat. But saya ni bkn seorg yg consistent time tu. Sometimes I hate my job. Utk pengetahuan, pengeluaran susu badan bkn berdasarkan apa yg kita mkn tp bergantung pada demands. Lets say la kita amalkan makan halba, habatussauda, supplement, minum air banyak, red dates dll. tapi kita tak selalu pam or BF baby kita, no point kita makan semua tu. Its true and it happen to me. Menyesal.

Saya guna utk 1 month then saya stop. Bkn sebab tak sesuai tapi memang diri tak terurus, susu drop. Sedihnya tapi dah pasang niat nak BF next baby full sampai 2yo. Sorry Rayyan, mama gagal. Huhu.

Even untuk 1 month, saya memang dah rasa keberkesanan Shaklee terhadap badan saya. Even susu tak adalah semerial and penuh satu peti tapi atleast I can see some  improvement. May be saya guna untuk jangka masa yang singkat so tak nampak ketara sangat perkembangannya.

Bermula dari detik itulah saya jatuh cinta dengan Shaklee. Selalu google kebaikan and kegunaan produk Shaklee ni. Seronok tengok ramai customer Shaklee yang berpuas hati dengan penggunaan supplement ni.

Then saya berkenalan dengan upline saya Kak Liza, dia la yang banyak bagi tunjuk ajar dan ilmu tentang Shaklee. Bermula sebagai loyal customer and she suggest to join the club. Hehe. Boleh dapat banyak benifit kalau jadi ahli. Sampai la sekarang, saya kekal dengan produk ni. 1 family saya dah promote. Hehe. Hubby paling banyak bagi sokongan. He also consume Shaklee.

Saya sudah, anda bila lagi? Jom kita kongsi sama-sama kebaikan Shaklee.


*all pic crdt to pakcik google



Tuesday, May 21, 2013

Kulit cerah putih berseri dengan ESP

One of my schoolmate baru habis confinement. She asking more about Shaklee. Actually my friend ni, Sid dah consume Shaklee after deliver baby. Dia yakin betul dengan Shaklee.

Anyway, when school time, jerawat muka kami ni macam gunung berapi. Oh my, i dont know how to say.. Pimple sini sana, bersepah-sepah kat muka. Lagi-lagi time muda remaja, hormon tengah melompat-lompat. So menjadi-jadi pulak jerawat.

So after she deliver baby, she consume ESP, alfalfa.. Ni semua utk baby Michail yg sgt comel. She said susu makin byk. As her mother, she plan nk BF until Michail 2yo. InsyaAllah, Fai mmg sokong sgt bab BF ni.

One day Fai hntr Alfalfa kt rmh Sid. Chit chat lame sbb dah lama sgt tak jumpe. Then after few days, she asked me:

See, dia nmpk perubahan muka Fai. Segala yg boleh kembang, jd kembang waktu tu. Haha. Sebenarnya ramai yg cakap my face look more fair. Yakin sgt semua sebab Fai consume ESP.

Thanks ESP. I love u.


Abaikn muka sy yg selekeh tu & wajah budak comei yg bru bngun tido.
But more fairer than before I think. Ngee...

Friday, May 17, 2013

Cinch™ Energy Tea Mix


Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

  • Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
  • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
  • Peningkatan tenaga segera.
  • Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cinch™ Shake Mix

cinch shake

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina

  • Bebas Laktos
  • Rendah glisemik
  • Soya Bukan-GMO
  • Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas
  • Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


  1. Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau “Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?” .Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
  2. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:
  3. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  4. Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  5. Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  6. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  7.  Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  8. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  9. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.. (soya bukan GMO)

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Performance Maximum®

performance drink


Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan.

Penghilang Dahaga untuk Si Juara.


Penyah-hidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.


Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Terbukti secara klinikal


Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:


  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.
Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DTX Complex™

dtx complex
Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vivix™


vivix


Minuman botani mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Fungsi-Fungsi Vivix

1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kero
sakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal

2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Collagen Powder

collagen powder



Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
* Berat molekul diukur dalam unit Dalton.

Carotomax

carotomax

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik
CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Nutriferon™

nutriferon


Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun – Dr. Yasuhiko Kojima.
Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.


NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Interferon memiliki peranan penting dalam pertahanan terhadap infeksi virus. 

  • Senyawa interferon adalah bagian dari sistem imun non-spesifik dan senyawa tersebut akan terinduksi pada tahap awal infeksi virus, sebelum sistem imun spesifik merespon infeksi tersebut. 
  • Pada saat rangsangan atau stimulus biologis terjadi, sel yang memproduksi interferon akan mengeluarkannya ke lingkungan sehingga interferon dapat berikatan dengan reseptor sel target dan menginduksi transkripsi dari 20-30 gen pada sel target. 
  • Hal ini menghasilkan keadaaan anti-virus pada sel target. 
  • Aktivasi protein interferon terkadang dapat menimbulkan kematian sel yang dapat mencegah infeksi lebih lanjut pada sel.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Peppermint-Ginger Plus

peppermint-ginger plus


Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Garlic

garlic


Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

Herb-Lax™


Herblax
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GLA Complex

GLA complex


Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Chewable Vit-C Plus™ 100mg

chewable vita-c plus


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Omega Guard™

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.
Sumber:
Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Advanced Joint Health Tablet

AJHT

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ostematrix™

ostematrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan ShakleeSesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zink Complex

Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Duke University memberikan bukti tentang khasiat zinc pada tubuh badan kita. Antaranya ialah;
  • zinc adalah antioksidan penting untuk kulit sihat. 
  • zinc juga boleh mencegah radiasi UV pada kulit.
  • meningkatkan penyembuhan luka.
  • menguatkan sistem imun.
  • meningkatkan fungsi neuropsyciatric.
  • menurunkan risiko kanser dan penyakitkardiovaskuler
  • penting untuk deria rasa,
  • juga penting untuk produksi sperma,
  • membantu dalam perkembangan bayi,
  • Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.

Keperluan seharian ialah 15mg  dan jika badan mengalami kekurangan zinc, ia akan jelas kelihatan jika ada warna tompok putih atas mana2 kuku di tangan mahupun di kaki. Selain itu tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh,rambut berkelumumur, rabun malam, hilang deria rasa dan bau,kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-E Complex®


Khasiat Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sustained Release Vita-C™ 500mg


Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, May 3, 2013

Meal Shake French Vanilla

meal shakes


* Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
* Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
* Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
* Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua

Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-Lea® Iron Formula

vitalea with iron formula
Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajhian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.