Banyak jenama vitamin hari ini. Macamana nak pilih? Cuba perhatikan beberapa perkara berikut:
1. Sebaik-baiknya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi sepenuhnya - vitamin sintetik perlukan 'silica gel' dalam botol/ pembungkusannya untuk kekalkan kesegaran. Dapatkan maklumat bahan yang digunakan untuk menghasilkan vitamin anda.
2. Produk yang baik tidak mengandungi:
Pewarna tiruan - cuba genggam vitamin anda beberapa minit. Ada warna melekat pada tangan atau tidak?
Perasa tiruan
Pemanis sintetik seperti 'sacharin'
Tepung tulang @ dolomite sebagai sumber kalsium
Vitamin E sintetik atau l-alpha tocopherol (d-alpha tocopherol yang natural)
3. Kadar penguraian yang mencukupi untuk penyerapan tubuh - U.S Pharmacopieal mencadangkan tablet yg tiada coating patut terurai dalam masa tidak lebih 30 minit dan ada coating tidak lebih 90 minit
4. Dibuktikan keberkesanannya secara saintifik
Wednesday, May 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment