CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 21, 2013

Bahaya low HB ketika mengandung

One of my colleague aka bff akan bersalin next few week.. Suddenly hari ni she SMS me informed that HB dia low.. About 10 something.. Its not too low tapi kena berjaga2.. Ha, tu la Zura, skip lg makan acid folic or obimin tu.. Hehe. Hope she read this entry..
Apa itu Anemia?
Anemia ialah kurang darah dimana kepekatan darah merah kurang drpd biasa. Seseorang yang menghidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus Hb.
Punca kurang darah :
»Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
»Ibu yang kerap bersalin
»Jangkitan cacing
»Pendarahan dari faraj atau buasir
»Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
»Kelihatan pucat
»Sentiasa rasa letih dan lesu
»Rasa mahu pitam bila bangun
»Sentiasa rasa pening
»Bengkak kaki dan muka
»Kebas kaki dan tangan
»Rasa mengah dan hati berdebar-debar
RISIKO HB RENDAH
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
[zura, hope u & baby are fine.. Jangan lupa amik healthy food. Shaklee always there]

No comments: