CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 30, 2013

Bertenaga dengan Mighty 3 Gems

Sedar tak sedar bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Adakah kita sudah bersedia untuk menunaikan ibadah puasa kita? Jangan risau, Shaklee mempunyai produk untuk menambahkan tenaga supaya kita mampu untuk beribadah di bulan yg mulia itu.
Walaupun pada siang hari kita berpuasa, namun aktiviti harian harus dilakukan juga. Kadang kala, kita sukar untuk menumpukan perhatian, letih, cepat mengantuk dan tidak bermaya. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk membatasi setiap pergerakan dan kerja harian.
Mighty 3 Gems terdiri daripada Meal Shake, ESP dan Performance Drink. Pengambilan ketiga-tiga supplement tambahan ini akan menambahkan tenaga, membuatkankita lebih fokus dan aktif dalam aktiviti seharian. Jadi, semasa berpuasa di siang hari kita bertenaga, manakala di malam hari kita cukup tenaga untuk berterawikh dan bermunajat kepada Yang Maha Esa.
Jika anda selalu tidak sempat bersarapan, tidak sempat bersahur atau waktu sahur tinggal 5 minit sahaja! Maka anda disarankan mengambil Mighty 3 Gems sebagai ‘back-up’ anda dalam keadaan terdesak kerana ianya mampu membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan.
Jika anda berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems, satu kelebihan untuk anda kerana ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Akhir sekali, bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.

No comments: